Sunday, June 7, 2009


One of my first sketch of Nuur Aida Syakira

Nuur Aida Syakira was my first comics that I wrote few years back in the year 2000. It's a story how friendship sometimes is the biggest love of all.This is how it goes:

Perjalanan hidup sebagai manusia kadang-kala mengembirakan dan kadang-kala memeritkan. Apatah lagi sebagai seorang remaja. Mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun itulah erti menjalani liku-liku kehidupan. Banyak perkara yang perlu difikirkan dalam kehidupan sebagai remaja, dari masalah kerjaya dimasa hadapan ke masalah cinta yang akan dialami. Tapi masalah-masalah ini akan amat penting dalam mempersiapkan seseorang itu ke alam dewasa. Pancaroba kehidupan apabila bergelar dewasa akan mempertemukan kita dengan teman yang sentiasa ada, iaitu mengenal erti tanggungjawab. Tetapi jika ada masalah, luahkan jangan disimpan. Jika disimpan akan membebankan jiwa. Kalau boleh luahkan pada seseorang insan yang memahami. Kita tidak akan tahu di mana dan bila seorang insan yang memahami itu akan muncul ketika kita dilanda masalah.

Pernahkah melihat cinta di balik tabir? Cinta yang berputik dari perkenalan tidak kenal rupa. Dari jauh berkenalan hanya suara kedengaran. Bermesra tanpa mengenal siapa dirinya. Tanpa tahu cantik atau burukkah dia. Tanpa kemesraan terjalin dari berpegang tangan. Tapi keikhlasan tiba-tiba muncul. Keakraban berputik hari demi hari. Tanpa cinta di balik tabir, hati mula resah. Sekali terdengar suara, berdegup jantung bagaikan guruh melanda. Cinta tiba-tiba mekar dari biasa. Hati timbul sayang teramat sangat. Si dia muncul dalam suara. Selama ini berdakapan dalam mimpi ingin bertemu. Tetapi dalam kerinduan itu adakalanya mendatangkan keresahan. Kebimbangan ini wujud akibat hadirnya rasa curiga pada cinta di balik tabir. Jika si dia tidak mahu bersua muka, nyatalah selama ini dia telah menipu. Jika dia ingin benar berjumpa....nyatalah selama ini dia telah berlaku jujur. Berkenalan di balik tabir ingin bersua muka rasa serba-salah pula. Banyak bermain di benak fikiran. Salah satu darinya ialah sudikah si dia menerima rupa paras dirinya? Tapi ... jika ini bertitik tolak dengan nilai persahabatan, wajarkah rupa paras diambil kira? Apabila ditakdirkan bertemu juga, cinta dibalik tabir telah tersingkap. Mata bertemu mata. Akhirnya yang dilindungi selama ini telah terserlah. Mengukuhkan lagi apa yang telah dipupuk ketika di balik tabir. Hidup berpasangan memang menjadi impian setiap manusia. Tapi ada diantara mereka tidak bernasib baik. Tapi sebenarnya dalam setiap antara kita sememangnya sudah ditakdirkan bersama. Siapakah itu? Bila sampai masanya...kita akan tahu.

Mungkin benar kata orang, persahabatan itu kadang-kala lebih indah dari percintaan. Berkawan adalah lebih baik dari bercinta. Namun tidak semua orang sedari, yang persahabatan itu satu percintaan. Dimana ia lebih hebat daripada percintaan yang sebenar. Hati manusia mudah berubah tapi apa yang dicari mungkin akan ditemui dalam sebuah persahabatan. Kadang-kala kita terpaksa menunggu untuk mendapatkan cinta. Mungkin ia memeningkan kepala tetapi biarlah ia berlalu dan percayalah satu hari nanti akan datang cinta yang dicari itu.

Cinta itu fitrah kita, siapalah yang tiada perasaan hendak bercinta. Cinta itu nikmat Allah, jangan salah guna cukuplah..cinta pada orang yang cinta pada Allah. Tetapi cinta sebenarnya ialah pada Yang Maha Esa, pada Rasul-Nya, pada Islam dan pada al-Quran serta As-sunnah kerana itulah cinta sejati, cinta yang lahir dari hati.


I never finish the comics since I lost all the first sketch & storyboards of the story but the memories remain.

Saturday, June 6, 2009

RM60000: Education or Business?

I don't know if this a relevant question but I would like to know what do you people think about it. RM60,000 is a lot of money & you know it. But which you will prefer to go for, further study or start your own business? Give an opinion on how you see it. You can add something to.

Education:
  • For RM60000, you could go for Degree in Engineering, Paramedic Courses, MBBS & etc
  • Get the result in 4-7 years
  • Get 5-4 digit salary after you have a job (it could be "if"depends on the economics)
Business:
  • For RM60000, you could open up a Cybercafe (10 PCs or your on farm (vegetables, goat & etc)
  • get result in 1.5 - 2 years depend on your own work rate
  • Maybe get 5-4 digit income in a month (depends on the market)